Putrajaya, 14 Disember 2024, : Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa mengetuai seramai 15 orang warga PKB dalam Putrajaya Ride 2024, Anjuran "Set Gatih PKB" bertempat di Putrajaya.
 
Tujuan Program Riadah berbasikal menjelajah Putrajaya bagi mempromosi PKB kepada komuniti dengan memberi pendedahan berkaitan PKB serta membuat hebahan kemasukan ke Politeknik Kota Bharu kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak lepasan SPM.
 
Kayuhan sejauh 30KM yang diketuai oleh TKP(G) telah memberi impak yang baik kerana kesungguhan pegawai-pegawai dari Politeknik Kota Bharu ke Putrajaya semata-mata untuk membuat promosi PKB kepada komuniti. Semoga usaha dan pengorbanan pegawai-pegawai dari PKB sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk ke Putrajaya demi mempromosi PKB ini berhasil untuk menarik minat belia-belia lepasan SPM untuk menyambung Pelajaran di PKB.
 
Dalam masa yang sama Pengarah PKB Dr. Haji Mohd Daud Bin Isa turut membuat gimik penyampaian sumbangan warga PKB ke Tabung Bencana Ihsan Madani PolyCC di pejabat JPPKK. Sumbangan di serahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK, Ts. Haji Kamaludin bin Daud.
 
Untuk rekod berikut ialah senarai peserta kayuhan Putrajaya Ride 2024 (membina jaringan komuniti) Dr. Haji Mohd Daud Bin Isa, Haji Sazami bin Shafi’I, Ustaz Roslan bin Yahya, Ustaz Safuan bin Mohd Yusoff, Mohd Fadly bin Abdullah, Ustaz Mohd Zohdi bin Said, Ustaz Ramli bin Omar, Rosihan bin Ab. Aziz, Mohd Hasnizul bin Hasbullah, Mat Yassin bin Ismail, Mohd Azri bin Abdul Ghani. Turut dihadiri oleh Ts. Haji Kamaludin bin Daud, Timb Ketua Pengarah (Governan) JPPKK dan Dr. Riam a/p Chau Mai Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti dan 2 pegawai dari Politeknik Jeli Kelantan.