18 Disember 2024 : Telah berlangsung Majlis Bakti Disanjung, Budi Dijunjung bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB). Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Kakitangan Politeknik Kota Bharu (PKPKB) sempena persaraan 7 orang kakitangan PKB iaitu :-
1. En. Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
2. Pn. Aspalila binti Awang, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
3. En. Zamil bin Ibrahim, Pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
4. En. Razif bin Abu Hassan, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam
5. En. Mohd Noor bin Ismail, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik
6. En. Mohd Shamshuddin bin Mahmood, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik
7. En. Azmee bin Mohamed Noor, Pegawai Perhubungan Awam
Β
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu, bagi meraikan pegawai-pegawai yang bersara tetap dan bersara pilihan. Turut hadir dalam majlis ini, Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, Haji Azani Bin Mat Ali, Pengerusi PKPKB, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, serta seluruh warga PKB.
Β
Selamat bersara diucapkan kepada semua pegawai yang diraikan. Terima kasih di atas bakti yang telah dicurahkan serta kepimpinan yang cemerlang sepanjang perkhidmatan di Politeknik Kota Bharu. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tersayang.
Β
πΏππππ‘ π πππβ ππ π‘ππππ π‘πππππ,
πΏππ‘ππ π πππππ’π πππππ ππ’ππ,
π΅π’ππ π¦πππ ππππ ππππ ππππππππ,
π΅π’ππ π‘π’ππ ππππ π‘ππ ππ’ππ.
Β
ππ’ππ ππππ π‘ππππππ ππππππ,
ππππ πππ‘πππ ππππ‘ ππππ’π;
π·π’πππ ππππ πππππ π‘π’ππ πππππ,
ππππ π‘πππππ ππππππ‘π βπππ’π.
Β

Β
