23 Januari 2025 – Sekalung tahniah diucapkan buat barisan pensyarah JKM PKB, Dr. Norashady bin Mohd Noor sebagai Ketua Penyelidik, Ishamzuri bin Abdullah, Akmal bin Abdul Rahman, Maizul Afzairizal bin Mohd Adnan, Mohd Nasaei Shahid bin Othman dan Muhammad Redzuan bin Che Noordin atas kejayaan mendapatkan Geran TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) 2025 dengan tajuk projek "Advanced Development of Multifunction Portable Mini-CNC Machines for Enhanced Pedagogical Outcomes in Mechanical Engineering : A Novel Approach to Skill Demonstration and Outreach”.
Syabas juga kepada 2 kumpulan penyelidik JKA PKB atas kejayaan memperoleh TVET Applied Commercialization Grant Scheme (T-ACGS) 2025. Projek “Sistem i-Burst@PKB diketuai oleh Dr. Haryati binti Ismail, Zahurin binti Husin, Nor Asma binti Mamat, Sukmawati binti Ismail, W. Mohd Haniff bin W. Mohd Shaupil dan Nor Ashikin binti Mazlan manakala projek “Eco-Fusion Concrete” diketuai oleh Ir. Tengku Suriati binti Tengku Yusoff, Sr Siti Zaleha binti Ibrahim, Nor Abidah binti Abdul Hamid, Rosidah binti Mohd Saad, Manesah binti Md Dali dan Wanly A/P Eh Keon.
Semoga inovasi ini membawa impak dalam teknologi dan dunia TVET serta mengharumkan nama Politeknik Kota Bharu.
Tahniah dan Syabas kepada para penyelidik.


