25 Januari 2025 (Sabtu) - Tidak menunggu lama dalam proses PdP Sesi II 2024/2025, Kelab RELASIS PKB BELALANG TEMPUR rancak mengemudi kursus wajib Pentauliahan kepada pelajar RELASIS PKB. Seawal 7.00 pagi kontinjen RELASIS 1 PKB telah meneruskan Lanjutan Kursus Pengenalan RELA Siri 1 Tahun 2025 iaitu Slot 2: Praktikal (OJT) bagi melengkapkan Kursus Pengenalan RELA kali ini.
Seramai 25 orang RELASIS 1 bersama 6 ajk senior RELASIS PKB, 4 orang Pegawai Bersekutu RELA dari PKB serta 3 orang daripada pihak RELA Daerah Kota Bharu mendaki dan seterusnya melunaskan aktiviti Penilaian Tunjuk Cara Soalan 2 dan Mini Projek Soalan 3 di puncak Bukit Bubus, Terengganu. Penilaian Tunjuk Cara yang dijalankan adalah berkaitan dengan Akta Sukarelawan Malaysia dan Mini Projek adalah Penilaian Kesukarelawan.
Aktiviti asas Survival seperti paragliding di Puncak Bukit Bubus dan dan Latihan Kawad juga dilaksanakan sebaik sahaja menuruni Bukit Bubus. Seramai 3 orang penceramah dan Jurulatih Penceramah dan Jurulatih Kursus adalah terdiri daripada PPgKR Wan Azhari Bin Wan Hassan (Penolong Pegawai RELA Daerah Kota Bharu),PPgR Muhammad Aiman Bin Hanapi (Penolong Pegawai RELA Daerah Kota Bharu) dan Tuan Mohd Saufe bin Liat (Jurulatih RELA) yang didatangkan khas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kelantan.
Di akhir kursus, setiap kumpulan diumumkan untuk masing-masing menerima dengan Anugerah Sukarelawan Terbaik, Anugerah Pembentangan Terbaik, Anugerah Survival (Hiking) Terbaik, Anugerah Integriti Terbaik dan Anugerah Kawad Terbaik.
Secara keseluruhannya, semua pelajar RELASIS 1 selaku peserta Kursus telah lulus Kursus ini dan layak menerima Sijil Pengenalan RELA. Tahniah kepada semua peserta dan jawatankuasa kursus yang terdiri daripada Pegawai Bersekutu RELASIS PKB iaitu PgR (Bersekutu) Muzimah Aida binti Md Mustafa, PgR (Bersekutu) Haji Md Fadzil bin Hasbollah, PgR (Bersekutu) Mohd.Zulkafli Bin Mohamed dan PgR (Bersekutu) Hanisah binti Yusof. Terima kasih kasih juga buat 6 orang Jawatankuasa Pelajar Kelab RELASIS PKB BELALANG TEMPUR di atas kepimpinan yang ditunjukkan sewaktu menjalankan tugas sepanjang kursus berlangsung.

