3 Februari 2025 – Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Tinggi (BPSM, KPT) En. Mansor bin Ibrahim telah mengadakan Sesi Pemantauan dan Konsultasi Pengurusan Sumber Manusia di Politeknik Kota Bharu. Sesi ini bertujuan untuk memantau dan memastikan urusan perkhidmatan di PKB adalah teratur mengikut peraturan dan dasar semasa di samping memberi konsultasi berkaitan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP (Urusan Perkhidmatan), Ceraian SR (Saraan) dan Ceraian PO.1 (Pentadbiran & Pengurusan Pejabat ).
 
Sesi ini juga melibatkan urusan semakan terhadap Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK), fail-fail berkaitan urusan perkhidmatan, elaun dan cuti serta waran perjawatan. Turut hadir bersama Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPPKK, Tuan Haji Khairil Anuar bin Karim, Penolong Setiausaha Kanan, Unit Pengurusan Perkhidmatan dan Prestasi, Puan Zulaila binti Sulleman, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengurusan Tertinggi dan Bahagian Khidmat Pengurusan PKB.
Secara keseluruhannya, sesi ini memberi manfaat besar dalam memperkukuh tadbir urus sumber manusia di PKB serta menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan kecekapan organisasi.