5 Februari 2025 - KKTM Kemaman telah mengadakan lawatan penanda aras bagi mendapatkan pendedahan berkaitan Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) di Politeknik Kota Bharu. Lawatan ini diketuai oleh Hj Mohd Rasaudden bin Abd Rahman, Ketua Program (Instrumentasi & Kawalan) beserta 7 orang pegawai. Taklimat SPMP ini telah disampaikan oleh Pengaturcara SPMP, En Azmi bin Ayub dan En. Mohd Faidzul Bin Abdul Rahman.
 
Lawatan penanda aras KKTM Kemaman ke Politeknik Kota Bharu telah berjaya memberi pendedahan yang bermanfaat mengenai pengurusan sistem SPMP. Melalui sesi taklimat dan perkongsian pengalaman bersama Pengaturcara SPMP, para pegawai KKTM Kemaman memperoleh pengetahuan baru, idea penambahbaikan, serta strategi pengurusan yang lebih efektif. Diharapkan hasil daripada lawatan ini dapat diaplikasikan di KKTM Kemaman untuk meningkatkan kecekapan sistem pengurusan maklumat, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan institusi secara keseluruhan.