Kota Bharu, 5 Februari 2025 – Politeknik Kota Bharu (PKB) memulakan Bengkel APACC selama dua hari di Bilik Baiduri, PKB, sebagai persediaan mendapatkan pengiktirafan Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC). Bengkel ini disertai oleh 38 peserta terdiri daripada pensyarah dan kakitangan pengurusan.
Dirasmikan oleh Pengarah PKB Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, bengkel ini memberi fokus kepada pemahaman Manual APACC dan keperluan dokumentasi, dengan sesi taklimat oleh penceramah jemputan, YM Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah. Peserta turut menjalani sesi kerja berkumpulan bagi menyusun strategi penyediaan bahan bukti.
Bengkel diteruskan esok dengan sesi semakan dokumentasi sebelum langkah seterusnya diambil. Pengarah PKB yakin usaha ini akan membawa PKB ke arah kecemerlangan dan pengiktirafan antarabangsa.

