5 Februari 2025 – Sesi temu bual yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Modi bin Lakulu bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof Bin Yaacob telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Ibnu Khaldun. Sesi ini bertujuan untuk mengkaji keperluan semasa berkaitan teknologi terkini yang relevan bagi pembangunan gudang data. Perbincangan yang diadakan memberi fokus kepada pemahaman mendalam tentang keperluan institusi selaras dengan kehendak Bahagian Perancangan Strategik (BPS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Diharapkan dapatan daripada sesi ini dapat menjadi asas kukuh dalam merangka strategi pembangunan gudang data yang lebih efektif, efisien, dan mampu menyokong perancangan strategik PKB secara menyeluruh.
Turut hadir Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Zainal Anuar Bin Bakri dan Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Suzianna Binti Taib

