08 Februari 2025 (Sabtu) - RELA Daerah Kota Bharu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kelantan dengan kerjasama Briged Relasiswa Relasiswi (RELASIS) dibawah Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu (JSKK PKB) telah selesai menganjurkan Taklimat Amanat Pegawai RELA Daerah Kota Bharu, PgKR Aminuhaisham Azri bin Awang hari ini bertempat di Dewan Al-Ghazali, PKB dengan penglibatan seramai 205 orang yang terdiri daripada 87 orang pelajar RELASIS PKB, 112 anggota RELA Daerah Kota Bharu dan 5 Pegawai Bersekutu RELA dari RELASIS PKB.
Majlis ini dimulai jam 7.30 pagi dengan PT Pagi dan latihan kawad di perkarangan parkir Pusat Pelajar. Pengacara Majlis dikendalikan oleh ALUMNI RELASIS PKB yang kini bertugas dengan pihak RELA, PTU Muhammad Luqman Naziri bin Mohamed. Majlis diteruskan lagi dengan Acara Dalam Dewan dengan pergerakan masuk Pegawai RELA Daerah Kota Bharu dan Pegawai-pegawai Bersekutu RELA dari RELASIS PKB. Majlis disusuli tabik hormat oleh KPR Daerah Kota Bharu Muhammad, dan seterusnya dengan bacaan doa juga dipimpin oleh ALUMNI RELASIS PKB iaitu KPR Izzudin bin Ismail, dilanjut dengan Nyanyian lagu NEGARAKU dan GEMA RELA.
Beberapa slot taklimat khusus telah disampaikan di mana dimulai dengan:-
i. Taklimat Kursus Asas RELA Siri 1 Negeri Kelantan (15-16 Februari 2025) yang disampaikan oleh PPgR Muhammad Aiman bin Hanapi, Pegawai Latihan dan Persenjataan RELA Daerah Kota Bharu
ii. Taklimat Logistik oleh PPgKR Mohd Zaipul
Hapizan bin Mohd Zin, Pegawai Logistik RELA Kota Bharu
iii. Taklimat Amanat RELA oleh PgKR Aminuhaisham Azri bin Awang, Pegawai RELA Daerah Kota Bharu.
Perjumpaan ini turut diserikan dengan Penyampaian Sijil oleh PRD Kota Bharu dengan diiringi oleh Adjutan RELASIS PKB, PgR (Bersekutu) Muzimah Aida binti Md Mustafa. Penyampaian tersebut dimulai dengan:
i. Sijil Penyertaan Lulus Kursus Pengenalan RELA kepada wakil Relasiswa dan Relasiswi RELASIS PKB yang diwakili oleh Saudara Muhamad Fitri bin Mohd Razmi dan Saudari Auni Nadhirah binti Mohd Hasnizul .
ii. Sijil Penghargaan Jawatankuasa Program
Majlis diteruskan lagi dengan sesi bersama anggota RELA Daerah Kota Bharu, sesi bergambar dan persegaran. Tahniah kepada semua Jawatankuasa yang terlibat terutamanya Kelab RELASIS PKB BELALANG TEMPUR yang diketuai oleh Ketua Platun Relasiswa Muhammad Danish Muqri bin Nazaruddin dan Relasiswi Asnaini binti Asari di atas kejayaan mengendalikan program ini. Terima kasih kepada pihak RELA Daerah Kota Bharu kerana memilih PKB untuk jalinan kerjasama ini.
