15 Februari 2025 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Keusahawanan PKB yang diketuai oleh Puan Nik Rozina @ Nik Azyyati Binti Nik Jaafar atas kejayaan cemerlang meraih tempat pertama dalam kategori Showcase Deco dan Best Seller di Karnival TVET PolyCC 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi. Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti, dan usaha gigih yang telah dicurahkan oleh seluruh ahli pasukan.
Dengan idea yang inovatif dan persembahan yang menarik, pasukan ini berjaya menarik perhatian juri dan pengunjung, seterusnya meraih pengiktirafan tertinggi. Kemenangan ini bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan, tetapi juga sebagai satu bukti kecekapan dalam merancang dan melaksanakan projek yang memberi impak positif.
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus maju dan berkembang, serta memberi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. Tahniah sekali lagi kepada Puan Nik Azyyati dan seluruh pasukan Keusahawanan PKB.