15 - 16 Februari 2025 - Pengarah RELA Negeri Kelantan, PPjKR Amirul Ikhwan bin Ahmad Shukri telah hadir menyempurnakan perasmian bagi Majlis Penutup Kursus Asas RELA Siri 1 Tahun 2025 Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung selama 2 hari di Politeknik Kota Bharu. Kursus ini adalah melibatkan hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar RELASIS PKB Semester 1 dan 2, para Pegawai Bersekutu RELA daripada PKB, dan juga anggota RELA setiap Daerah Zon 1 Negeri Kelantan.
Timbalan Pengarah Akademik PKB, YBrs Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod yang telah menyampaikan ucapan alu-aluan selaku Tuan Rumah sekaligus Urusetia Bersama bagi Kursus ini. Turut hadir meraikan dan memberi sokongan adalah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB, YBrs. En. Abdullah @Mat Yusof bin Yaacob dan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB, YBrs. Haji Sazami bin Shafi'i A.S.K, Ketua Kursus Kokurikulum PKB merangkap Adjutan RELASIS PKB, PgR (Bersekutu) Muzimah Aida binti Md Mustafa serta para Pegawai Bersekutu RELASIS PKB dan Pegawai-pegawai RELA.
Kursus ini adalah julung kali diadakan pada tahun ini di Kelantan dan adalah kali ke 4 PKB diberi kepercayaan sebagai Urusetia Bersama Peringkat Negeri Kelantan dan dipilih untuk lokasi kursus. Secara tidak langsung, ini adalah sebagai satu penghargaan kepada PKB untuk memartabatkan imej RELASIS PKB khususnya. Kursus ini turut menggunakan khidmat penceramah daripada pihak RELA, BOMBA, SPRM, PDRM dan CGSO. Latihan kawad tangan kosong dan demonstrasi latihan kebakaran turut dilaksanakan dalam kursus ini. Kursus Asas RELA juga adalah salah satu kriteria Pentauliahan Pangkat pelajar RELASIS dan syarat utama kepada anggota RELA bagi melayakkan untuk penugasan.
Sekalung penghargaan kepada pihak RELA Negeri Kelantan khususnya di atas jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak. Tahniah dizahirkan pelajar RELASIS PKB yang terpilih selaku jawatankuasa dan bertugas dengan cemerlang walaupun dipilih sewaktu pada hari kursus sebagai Pengacara Majlis, Pembaca Doa dan Pembaca Ikrar serta Penghuluwati. Terima kasih kepada semua jawatankuasa kursus yang telah memberi khidmat yang cemerlang dalam menjayakan kursus ini.