15 Februari 2025, Kota Bharu - Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan kejohanan paintball terbuka komuniti Kelantan 2025 peringkat Negeri Kelantan pada 14 & 15 Febuari 2025 . Program ini diadakan dengan bantuan dari dana Sukan Komuniti (DSK) Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Kelab ini telah dikendalikan sendiri oleh pelajar-pelajar PKB dan satu-satunya kelab yang mempunyai lesen senjata PDRM di Kelantan.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Raskal Sport, Malaysia Paintball Referee Organization (MPRO) dan bantuan sokongan daripada KBS. Sebanyak 4 pasukan yang telah bertanding pada 14 februari bagi kategori kejohanan terbuka dan 16 kumpulan pada 15 februari bagi kategori kejohanan terbuka komuniti Kelantan.
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Puan Bazlina Bt Bakri selaku Pegawai Sukan, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu mewakili pengarah Politeknik Kota Bharu.

