18 Februari 2025 - Pihak Pengurusan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PKB telah mengadakan kunjungan hormat ke SIB Mili Sdn Bhd, Kajang, Selangor. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan JKM, Tn. Hj. Zamzuri bin Arifin bersama 7 orang pegawai termasuk Ketua Penyelaras CISEC PKB, Ketua Program DAD, dan Pensyarah Utama Program Kejuruteraan Mekanikal (Automotif).
Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam membangunkan kepakaran, penyelidikan dan inovasi dalam bidang automotif, khususnya teknologi Electric Vehicle (EV) dan Hybrid. Delegasi PKB turut berpeluang mendalami kemudahan dan teknologi terkini yang disediakan oleh SIB Mili Sdn Bhd.
Turut hadir, En. Hashem Bin Abdullah (Project Manager) dan En. Mohd Izan Sahril Bin Muhamad (Project Engineer) yang berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam industri. Antara hasil lawatan ini termasuk peluang Latihan Industri untuk pelajar dan Sangkutan Industri Pensyarah, penyediaan Alat Bantu Mengajar yang bersesuaian dengan kurikulum, serta pelaksanaan program kolaborasi yang boleh dimanfaatkan bersama.
Semoga jalinan kerjasama ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan bidang Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) serta TVET.