26 Julai 2025 - Politeknik Kota Bharu menyambut kehadiran pelajar-pelajar baharu bagi sesi 1 2025/2026. Kehadiran para pelajar bersama ibu bapa dan penjaga menyerikan lagi suasana pendaftaran dengan semangat dan harapan baharu.
Warga Politeknik Kota Bharu mengalu-alukan kehadiran mereka ke kampus ilmu ini. Semoga perjalanan akademik yang bakal ditempuh akan menjadi titik permulaan kejayaan cemerlang dalam bidang kejuruteraan dan kehidupan.