28 Ogos 2025 – Telah berlangsungnya Flag-Off Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Perak & Pahang 2025 melibatkan dua wakil Politeknik Kota Bharu (PKB) iaitu Saudara Ahmad Aniq Hariez dan Saudari Shakira binti Abdullah.
Majlis pelepasan ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Politeknik Kota Bharu bertempat di Pejabat Pengarah. Semoga penyertaan ini dapat menjadi pemangkin semangat, memperluas pengalaman kesukarelawanan, serta terus mengharumkan nama Politeknik Kota Bharu di peringkat kebangsaan. Tahniah dan selamat maju jaya kepada kedua-dua peserta misi. Turut hadir En. Zainal Anuar bin Bakri, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB dan Pn. Juli Suzlin binti Mohd Jalaludin, Ketua Jabatan Perdagangan PKB.