6 September 2025 - Telah berlangsung dengan jayanya Program CSR Kolaborasi Madrasah Kampung Hutan Cengal, KRT Chengal Jaya & PolyCC Zon Kelantan anjuran Politeknik Kota Bharu bersama Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar JPPKK dengan kerjasama Politeknik Jeli, Kolej Komuniti Pasir Mas, Kolej Komuniti Kok Lanas, Kolej Komuniti Jeli Kelantan dan Kolej Komuniti Besut Terengganu.
Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi Rural Capital Berhad serta turut dihadiri oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB, pengarah-pengarah PolyCC Zon Kelantan, Pengerusi KRT dan En. Yaswadi bin Mat Yasim, Pengarah Program CSR.
Selain aktiviti membaik pulih kemudahan madrasah, pelbagai program menarik turut diadakan seperti pertandingan Bidah, Kukur Nyor, Boling Buah Nyor, Kenduri Sekampung serta aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak seperti Rebut Coklat, Mewarna dan Berebut Kerusi.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti setempat dengan institusi pendidikan, malah memupuk semangat gotong-royong, kebersamaan dan silaturrahim.