25 September 2025 - Telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Konvokesyen PolyCC Zon Timur Sidang 11 dan 12 yang juga merupakan Konvokesyen Politeknik Kota Bharu (PKB) ke-38, bertempat di Dewan Muktafi Billah Shah, UNISZA Gong Badak, Terengganu.
Sidang 11 menyaksikan seramai 716 graduan dari Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik diraikan, dengan kehadiran YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, sebagai VVIP.
Sidang 12 pula meraikan 501 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Sidang ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Hajah Siti Fairus binti Hj Zakaria, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan, sebagai VVIP.
Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam dunia kerjaya dan kehidupan.

