6 Oktober 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Perancangan 19th Malaysia FIRA Roboworld Cup 2026 di Bilik Ibnu Khaldun, Politeknik Kota Bharu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Turut hadir:
Antara agenda utama mesyuarat ini ialah perkongsian best practices, pembentangan sekretariat FIRA Malaysia Chapter, perancangan penajaan, sesi pitching FIRA Apps serta hal-hal lain.
Mesyuarat ini merupakan langkah penting dalam memastikan Politeknik Kota Bharu bersedia sebagai tuan rumah 19th Malaysia FIRA Roboworld Cup 2026, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada global dalam bidang robotik.
Turut diadakan gimik simbolik penyerahan dokumen kepada Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, sebagai tanda rasmi pelantikan Politeknik Kota Bharu sebagai tuan rumah kejohanan berprestij ini.