6 Oktober 2025 - Telah berlangsung ACS Edu Tour Season 4 (Kelantan State Final) bagi sukan elektronik Honor of King (HoK) pada 5 & 6 Oktober 2025 bertempat di Kafetaria Kolej Kediaman Harmoni, Politeknik Kota Bharu.
 
Pertandingan anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan melalui Kelab E-Sukan PKB bersama Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dengan kerjasama CRIT Esports Malaysia ini berjaya menarik penyertaan hebat pemain muda e-Sukan.
Kesemua peserta menggunakan peranti telefon pintar ZTE Nubia Neo 3 GT 5G yang dibekalkan oleh pihak penganjur.
Turut hadir memberi sokongan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengarah PKB, YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar serta Timbalan Pengarah Akademik, Ir. Mohd Zaidi bin Che Mood. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan padu terhadap perkembangan sukan elektronik di PKB.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kentang Melon dari PKB yang dinobatkan sebagai Juara Kelantan State Final. Barisan pemain yang telah mengharumkan nama PKB ialah:
• Muhammad Aimin Bin Amrin (DEP5A)
• Muhammad Dzulbazli Bin Zakaria (DEP5A)
• Muhammad Shahrizan Aizat Bin Mohd Safri (DEP5A)
• Naim Naufal Bin Yusriza (DEE5A)
• Aliff Abrar Bin Akasah (DPT5A)
Mereka akan mewakili negeri Kelantan ke Pusingan Akhir di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 7 – 9 November 2025.
Selamat maju jaya, semoga kejayaan terus mengiringi langkah anda di pentas kebangsaan.