8 Oktober 2025, Politeknik Kota Bharu : Mesyuarat Pembukaan Audit Akreditasi Semula bagi Program Diploma Ukur Bahan (DUB), Politeknik Kota Bharu telah berlangsung dengan jayanya.
Proses audit akreditasi semula ini akan dijalankan selama dua hari, bermula 8 hingga 9 Oktober 2025, oleh panel penilai daripada Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) yang diketuai oleh Prof. Madya Sr Dr. Umi Kalsum binti Zolkafly@Zulkifli, bersama barisan panel akademik dan industri.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat, khususnya warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) atas komitmen dan persediaan rapi bagi memastikan proses akreditasi berjalan lancar.
Semoga proses audit berjalan dengan lancar dan program Diploma Ukur Bahan PKB terus unggul dalam melahirkan graduan berkualiti dan memenuhi standard profesional LJBM.
