Program Seminar Keusahawanan Mahasiswa telah berlangsung pada 8 & 9 Oktober 2025 di bawah pengurusan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi -KUSKOP serta Institut Keusahawanan Negara Berhad - INSKEN
Pada 8 Oktober 2025 Lawatan Berpandu Keusahawanan Mahasiswa (Jom Jumpa Protégé Edisi Kelantan Tahun 2025) bertempat di Nordin Batik Sdn. Bhd Kota Bharu, seramai 80 orang pelajar telah menyertai lawatan itu dan telah berpeluang mewarna sendiri corak batik selain dapat mendengar perkongsian serta pengalaman Pn. Azlinda binti Nordin dari pihak Nordin batik Sdn. Bhd dalam menguruskan perniagaan batik yang telah diwarisi dari keluarga.
Pada 9 Oktober 2025, program Seminar ini telah diteruskan lagi di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu dengan perasmian oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud Ketua Setiausaha KUSKOP. Seminar ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh negeri yang turut disertai oleh Politeknik Kota Bharu, Kolej Komuniti Kok Lanas , Kolej Komuniti Pasir Mas, Politeknik Jeli dan Politeknik Besut mengenai asas keusahawanan termasuk cara untuk memulakan perniagaan sendiri. Seminar ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa melalui perkongsian pengalaman daripada ikon usahawan-usahawan muda yang berjaya.