11 Oktober 2025 - Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelab Pencak Silat Politeknik Kota Bharu (PKB) atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Silat Sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung di Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Kejohanan yang menghimpunkan lebih 200 pesilat dari seluruh negeri Kelantan ini mempertandingkan pelbagai kategori seperti Silat Olahraga, Solo Putera/Puteri, Tempur, dan Seni Tari Solo melibatkan peserta dari peringkat sekolah rendah hingga institusi pengajian tinggi (IPT).
Pesilat PKB berjaya menyerlah dengan meraih pingat emas dalam beberapa kategori utama, membuktikan kehebatan dan disiplin tinggi dalam seni bela diri warisan bangsa ini.
Turut hadir membimbing pasukan ialah Mejar Ts. Mohd Azri bin Abdul Ghani, jurulatih yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan kontinjen PKB.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nur Dalilia binti Mohd Khali, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
 
Senarai nama pesilat PKB yang berjaya:
1. Nama:MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ABDUL MUTALIFF
Kelas:DET1D
Kategori: SILAT OLAHRAGA IPT
Keputusan:JOHAN
2. Nama: NUR QISTINA AMNI BINTI KHAIROL AMRAN
Kelas: DPR1A
Kategori: SENI TARI SOLO
Keputusan: JOHAN
3. NIK MUHAMMAD HAZRIQ AKIF BIN NIK NOR ADLAM (DUB 1C)
Kategori : SENI TARI SOLO
keputusan : NAIB JOHAN
4. HAIKAL BIN ISMAIL
Kelas : DET 1D
Kategori : SILAT OLAHRAGA IPT
Keputusan : NAIB JOHAN
5. Nama:ADRIANA BALQIS BINTI SUHAIDI
Kelas: DPM1D
Kategori: SENI TARI SOLO
Keputusan: NAIB JOHAN
6. Nama:RISYA ALANI BINTI RESAD
Kelas: DUB1C
Kategori: SENI TARI SOLO
Keputusan: NAIB JOHAN
7. Muhammad syahmeen haikal bin ariffin (DAD1D)
Kategori: SENI TARI SOLO
Keputusan: ke 3.
Kejayaan ini sekaligus mengharumkan nama Politeknik Kota Bharu di pentas negeri. Syabas diucapkan kepada semua pesilat atas semangat juang dan usaha gigih yang membuahkan hasil gemilang