16 Oktober 2025 - Program East Venture Velocity 2025 (EVV 2025), anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), kelolaan Kolej Komuniti Pasir Mas, telah berlangsung dari 25 April hingga 16 Oktober 2025 bagi peringkat Zon Kelantan-Terengganu.
Majlis penutup telah diadakan dengan penuh meriah pada 16 Oktober 2025 bertempat di Manor Beach Resort, Besut, Terengganu dan telah dirasmikan oleh Ts. Suhairi Bin Ismail, Timbalan Pengarah BAPP, JPPKK.
 
Politeknik Kota Bharu telah menunjukkan prestasi luar biasa dengan pencapaian berikut:
Juara Video Content Creator – RM200
Naib Juara Poster Bunting Canva – RM150
Tempat Ketiga Perekodan Perakaunan Perniagaan – RM100
Mentor Terbaik – Pn Hajah Nik Rozina @ Nik ‘Azyyati Bt N. Jaafar – RM200
Anugerah Polycc Terbaik Zon Kelantan-Terengganu – RM200
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PKB atas komitmen, kreativiti dan semangat inovatif yang ditonjolkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa akan datang.