17 Oktober 2025 - Kem Briged Bomba 2025 telah berjaya dianjurkan dengan penuh semangat dan disiplin di Balai Bomba Pengkalan Kubur, Kelantan. Program yang telah berlangsung dua hari ini menghimpunkan 55 orang pelajar Briged Bomba Politeknik Kota Bharu bersama 2 orang pegawai penyelaras, dengan bimbingan khas daripada 15 tenaga pengajar Unit Latihan JBPM Kelantan.
Pelbagai aktiviti mencabar dan berimpak tinggi dijalankan termasuk latihan kawad kaki, simulasi kebakaran, aktiviti menyelamat, asas bantuan kecemasan, latihan water confident serta latihan ketahanan fizikal dan disiplin.
Program ini bukan sahaja menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta, malah berjaya menanam nilai keberanian, kepimpinan, kerjasama berpasukan dan semangat sukarelawan – seiring dengan aspirasi melahirkan generasi TVET yang berdisiplin serta berdaya tahan.
Majlis penutupan kem turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Penguasa Bomba II, Tuan Mohd Faizol Hisam bin Abdullah, Ketua Pegawai Bahagian Latihan JBPM Kelantan, yang menyampaikan amanat dan penghargaan kepada semua peserta serta tenaga pengajar.
Tahniah kepada semua yang terlibat atas kejayaan penganjuran Kem Briged Bomba 2025.
