17-18 Oktober 2025 (Jumaat - Sabtu): Pasukan Bola Tampar Politeknik Kota Bharu di bawah bimbingan Ketua Jurulatih PKB Mohd.Zulkafli bin Mohamed (Pensyarah PKB) dan juga Penolong Jurulatih Mohd Adib bin Adnan (Alumni PKB) telah berjaya meraih Naib Johan mengetepikan pasukan lawan dalam Kejohanan Sukan Kelantan 2025 (SUKEL 2025).
Kejohanan anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Negeri Kelantan ini adalah melibatkan penyertaan pemain - pemain di bawah umur 20 tahun Peringkat Negeri Kelantan. Kejohanan kali ini berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Kelantan.
Penyertaan PKB dalam SUKEL 2025 adalah salah satu inisiatif memperkasakan pembangunan sukan Bola Tampar. Tahniah diucapkan kepada pasukan PKB di atas kejayaan tersebut. Semoga pasukan Bola Tampar PKB terus menempa kejayaan di pelbagai arena pentas kejohanan.
