24 Oktober 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) sekali lagi membuktikan kehebatan pelajarnya dalam arena sukan digital apabila Muhammad Haziq bin Muhammad Soffi daripada Jabatan Kejuruteraan Awam berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Kategori E-Chess Rapid (3 Minute) sempena Kejohanan E-Sports Sukan Kelantan (SUKEL) 2025, yang berlangsung pada 24–25 Oktober 2025 di AEON Mall Kota Bharu.
Kejohanan ini menghimpunkan pemain-pemain terbaik negeri Kelantan dan turut menjadi medan pemilihan atlet e-sukan bagi SUKMA 2026.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Muhammad Haziq atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus menyerlah dalam dunia E-Sports dan teknologi digital.