21 – 23 Oktober 2025 : Politeknik Kota Bharu (PKB) sekali lagi membuktikan komitmen tinggi terhadap budaya kerja selamat dan sistem pengurusan berkualiti apabila berjaya mengekalkan pensijilan ISO 45001:2018 bagi tempoh tiga (3) tahun lagi.
Audit pensijilan semula yang dijalankan oleh pihak NIOSH Certification Sdn. Bhd. selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Oktober 2025 telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang ketidakakuran direkodkan - satu pencapaian yang amat membanggakan.
Pasukan Auditor:
• Ketua Auditor: En. Mohd Natrah bin Loman
• Auditor: En. Mohd Asfar bin Mohd Saad
• Auditor: En. Syamsyul Annuar bin Abd Rahman
Skop Pensijilan:
Provision of Management, Operations and Support Services in Higher Education at Politeknik Kota Bharu
Kejayaan ini mencerminkan dedikasi seluruh warga PKB dalam mengekalkan piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang tinggi, selaras dengan matlamat untuk menyediakan persekitaran kerja dan pembelajaran yang selamat, sihat dan produktif.
“Tahniah kepada semua warga PKB atas semangat kerjasama dan komitmen padu yang ditunjukkan sepanjang audit dijalankan. Pencapaian ini adalah hasil budaya kerja berpasukan yang konsisten dan komitmen terhadap kecemerlangan organisasi.”
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan PKB dalam memperkukuh budaya keselamatan, kualiti dan kecemerlangan kerja pada masa hadapan.