24-25 Oktober 2025 (Jumaat - Sabtu) - "Hujan bukan halangan, tapi cabaran yang penuh menguja dan menyeronokkan". Meskipun diuji sejak seawal 6.50 pagi hari pertama kursus dengan cuaca hujan lebat mencurah-curah sehingga tamat kursus hari kedua, namun ia tidak mematahkan semangat pelajar RELASIS Semester 1 dan 2 seramai 62 orang untuk mengharungi segala tugasan dan ujian dalam Kursus Kepimpinan dan Pengurusan RELA 2025 bertempat di Sungai Bogey Dusun Beliku Campsite, Besut, Terengganu.
Kursus ini yang dikendalikan oleh pihak RELA Negeri Kelantan dan RELA Daerah Kota Bharu selaku penceramah dan jurulatih telah diuruskan oleh Jawatankuasa Program daripada PKB iaitu para Pegawai Bersekutu RELASIS PKB yang diketuai oleh PgR (Bersekutu) Muzimah Aida Binti Md Mustafa selaku Adjutan merangkap Pengarah Program serta turut dibantu oleh 12 orang Relasiswa dan Relasiswi senior Kelab RELASIS PKB BELALANG TEMPUR.
Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh PPgR Wan Azhari bin Wan Hassan daripada RELA Daerah Kota Bharu. Ucapan aluan dan penghargaan disampaikan oleh Mantan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu PgR (Bersekutu) Wan Muhammad Marzudi bin Wan Muhammad. Beberapa anugerah juga telah dinobatkan iaitu Kumpulan Terbaik, Tokoh Relasiswa dan Tokoh Relasiswi.
Kursus ini merupakan kursus yang perlu dijalani oleh RELASIS PKB di mana kandungan kursus setara dengan beberapa subtopik dalam silibus RELASIS Politeknik Malaysia dan syarat wajib kursus untuk Pentauliahan Pangkat RELASIS Malaysia.
Antara kandungan kursus yang ditekankan dalam penilaian ialah Kawad Tangan, Survival (Jati Diri) dengan check point dengan sumber dan dengan sumber alam, kaedah pembahagian reten, masak survival, row call, santry, serang hendap, latihan fizikal (Physical Training - PT Pagi dan Petang), Jalan Lasak, Kembara Malam, Pandu Arah, Jungle Trekimg Pengurusan Organisasi, Latihan Kepimpinan, Pembinaan Gajet, Pengucapan Awam, Pengurusan dan Pengendalian Mesyuarat, Membuat Kertas Kerja dan Penyelesaian Masalah. Latihan dan ujian dalam kursus ini diaplikasikan dalam konsep kepimpinan bercirikan survival dan rejimental.
Keseluruhannya, kursus ini telah berjaya di mana bersesuaian dengan konsep yang penuh cabaran, setiap ahli peserta menpamerkan pengurusan organisasi, menangani konflik secara realistik dan kepimpinan yang jitu. Tahniah kepada semua peserta kerana lulus Kursus tersebut. Penganjuran ini juga bukti RELASIS PKB sentiasa kekal komited dan relevan sebagai sebuah unit uniform yang sentiasa kekal aktif dan paling dominan. Ini terbukti dengan sentiasa mencipta pelbagai kejayaan dan kecemerlangan serta anugerah berterusan sepanjang tahun ini dengan jalinan kerjasama yang utuh bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

