29 Oktober 2025 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan pameran inovasi pelajar (PiXEE JKE) yang melibatkan 35 penyertaan daripada pemilihan di peringkat jabatan yang mewakili 3 program utama di JKE. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod dengan diiringi oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Rugayah binti Yusof. Proses penjurian telah dibuat oleh panel jemputan daripada pihak industri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak.
Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar daripada SMK Kok Lanas dan SK Bukit Marak yang turut melibatkan diri dalam Pameran Robotik anjuran Unit Robotik JKE PKB.
Penganjuran program ini telah memberikan manafaat yang berguna kepada pelajar dan menjadi satu tarikan dan medium promosi kepada anak-anak dalam memperkenalkan inovasi dalam bidang TVET khususnya di Politeknik.
