30 Oktober 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) hari ini menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras daripada Politeknik Kota Kinabalu (PKK). Lawatan ini disertai oleh seramai 10 orang pegawai yang terdiri daripada Ahli Pengurusan dan Pensyarah PKK, diketuai oleh YBrs. Ustaz Muhammaddin bin Mohd Jair, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Kota Kinabalu.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa aspek pengurusan, inovasi dan amalan terbaik ke arah kecemerlangan TVET negara.
Turut menyantuni delegasi ialah YBrs. Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Kota Bharu dan Encik Zainal Anuar bin Bakri, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Kota Bharu
Sesi perkongsian dan perbincangan dua hala ini telah membuka ruang kepada pertukaran pandangan yang konstruktif, di samping menghasilkan pelbagai input serta idea baharu bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus dan pembangunan modal insan yang holistik.
Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha merealisasikan visi Politeknik Malaysia sebagai institusi TVET unggul dan berdaya saing.
