7 November 2025 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Politeknik Kota Bharu atas kejayaan cemerlang dalam New Generation World Innovation Challenge (NeWIC) 2025 sempena Karnival TVET Madani yang berlangsung di Dewan Budi Gemilang, Kolej KEDA, Sik, Kedah.
Projek inovasi “Smart Drain Concrete” yang diketuai oleh Pn. Affidah Mardziah binti Mukhtar bersama Pn. Nor Hayati binti Mat Nor telah berjaya merangkul Tempat Ketiga (3rd Place) bagi kategori Produk Pengguna IPT/TVET serta dianugerahkan Pingat Emas (Gold Medal).
Manakala Tuan Syed Shaifulbhary bin Sayed Salabudin dan Mohd Fariz bin Abdul Aziz turut mengharumkan nama PKB apabila inovasi beliau bertajuk “Inspect Pro” berjaya meraih Pingat Perak (Silver Medal) dalam pertandingan yang sama.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan daya saing tinggi warga Politeknik dalam memperkasa budaya inovasi, kreativiti dan penyelidikan seiring aspirasi TVET Madani.
Tahniah dan terus maju jaya.
