8 November 2025 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan Eco Fusion Concrete dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Kota Bharu atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Kedua dan dianugerahkan Pingat Emas (Gold Award) dalam Majlis Penutup Borneo Innovation and Invention Competition (BIIC) 3.0 di Bintulu, Sarawak. Kejayaan ini turut disertai dengan wang tunai bernilai RM750, sekali gus mengiktiraf usaha gigih dan semangat inovatif kumpulan ini dalam menghasilkan penyelidikan yang kreatif dan berimpak tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua pelajar dan penyelidik untuk terus mengorak langkah, mengembangkan hasil inovasi ke peringkat yang lebih tinggi serta mengharumkan nama Politeknik Kota Bharu di persada kebangsaan dan antarabangsa.
Tahniah sekali lagi.