10 November 2025 - Jabatan Perdagangan telah berjaya menganjurkan pameran Research, Innovation, Competition & Exhibition (Rice'25) . Program ini menampilkan pelbagai hasil inovasi kreatif dan perancangan strategi perniagaan baru yang menggambarkan kematangan idea, kemahiran teknikal serta semangat inovatif warga Jabatan Perdagangan.
Seramai 12 orang panel penilai luar telah dilantik bagi menilai projek-projek inovasi yang dipertandingkan dalam Rice 2025. Proses penjurian diketuai oleh Pn. Siti Rahayu binti Ahmad, yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan dan penghasilan produk inovasi.
Turut hadir pada Majlis perasmian penutup adalah Tuan Pengarah, Ts. Mohd Hisham Bin Makhtar, Timbalan Pengarah Akademik, Tn Hj. Ir. Mohd Zaidi Bin Che Mod dan Ketua Jabatan Perdagangan, Pn Juli Suzlin Binti Mohd Jalaludin.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar semester akhir, penyelia dan urus setia yang terlibat di atas kejayaan penganjuran program ini. Semoga platform ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan inovasi TVET dan kejayaan industri perniagaan pada masa hadapan.
