12 November 2025 - Telah berlangsung Latihan Keselamatan Kebakaran (Fire Drill) di Bangunan Pentadbiran, Politeknik Kota Bharu, anjuran Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Unit Keselamatan PKB.
Latihan ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dan tahap kesiapsiagaan warga politeknik dalam menghadapi situasi kecemasan sebenar.
Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ketereh turut hadir memberi taklimat dan tunjuk ajar tentang prosedur pemindahan yang betul serta langkah keselamatan semasa kebakaran.
Turut hadir YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, bersama pegawai pengurusan bagi menyokong usaha memperkukuh budaya keselamatan di kampus.
Syabas dan tahniah kepada Unit Keselamatan serta semua warga PKB yang terlibat atas pelaksanaan latihan yang berjaya dan berjalan lancar.
