Putrajaya, 15 November 2025 - Pengarah Politeknik Kota Bharu, Ts Mohd Hisham Makhtar mengetuai seramai 15 orang warga PKB dalam Polycc Jelajah Putrajaya Membina Jaringan Komuniti (Putrajaya Ride 2025 vol 3.0), Anjuran "Set Gatih PKB" bertempat di sekitar Putrajaya.
Program kali ini dihadiri juga oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan Akademik JPPKK (mantan Pengarah PKB), Dr. Riam Chau Mai, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti JPPKK dan Ts Hj Kamaludin bin Daud (Mantan TKP(G) JPPKK dan juga Mantan Pengarah PKB).
Tujuan Program Riadah berbasikal menjelajah Putrajaya adalah bagi mempromosi PKB kepada komuniti dengan memberi pendedahan berkaitan PKB serta membuat hebahan kemasukan ke Politeknik Kota Bharu kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak lepasan SPM yang mengunjung sekitar tempat menarik di Putrajaya.
Kayuhan sejauh 30KM yang telah memberi impak yang baik kerana kesungguhan pegawai-pegawai dari Politeknik Kota Bharu ke Putrajaya semata-mata untuk membuat promosi PKB kepada komuniti.
Semoga usaha dan pengorbanan pegawai-pegawai dari PKB sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk ke Putrajaya demi mempromosi PKB ini berhasil untuk menarik minat belia-belia lepasan SPM untuk menyambung pelajaran di PKB.
Pengarah Kanan Akademik JPPKK, Dr. Haji Mohd Daud Bin Isa berbangga dengan kesungguhan Pengarah PKB bersama warga PKB yang hadir menjayakan program ini dan berharap semoga ukhwah terus terjalin sepanjang masa diantara PKB dan JPPKK.
Untuk rekod berikut ialah senarai peserta kayuhan Putrajaya Ride 2025 vol 3.0 (membina jaringan komuniti):
Ts Mohd Hisham bin Makhtar (Pengarah PKB), En. Abdullah@Mat Yusof bin Yaacob (TPSA),Haji Sazami bin Shafi’i, Ustaz Roslan bin Yahya, Ustaz Safuan bin Mohd Yusoff, Ustaz Mohd Zohdi bin Said, Mohd Hasnizul bin Hasbullah, Khairul Syazwan bin Kadir, Mohamad Nasrullah bin Nor Arman, Mat Yassin bin Ismail, Mohd Azri bin Abdul Ghani, Mohd Raziman bin Razmi dan Saiful Azizi bin Abdullah.
Turut dihadiri oleh Ts Haji Kamaludin bin Daud, mantan Timb Ketua Pengarah (Governan) JPPKK, Dr. Haji Mohd Daud Bin Isa, Pengarah Kanan Akademik JPPKK dan Dr Riam a/p Chau Mai Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti JPPKK.
