17 November 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama En. Rudy Musnandar Bin Mohammad Said, Head of Operation, Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC) bertempat di Bilik Al-Farabi, PKB.
Bagi pihak PKB, sesi ini akan diwakili oleh En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB bersama beberapa ketua jabatan dan unit berkaitan.
Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada tiga agenda utama:
1. Kerjasama Yayasan Peneraju (YP) ALTi Program – peluang penajaan, pembangunan bakat dan peningkatan kemahiran pelajar.
2. Program KPT-IP (Industri dan Profesional) – penyelarasan serta strategi pelaksanaan inisiatif selari dengan keperluan industri.
3. Integrasi Pensijilan Profesional Relevan – meningkatkan kebolehpasaran graduan PKB melalui pensijilan industri yang diiktiraf.
Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak ruang kolaborasi dalam aspek pembangunan kemahiran, latihan industri serta hubungan strategik antara PKB dan KISMEC sekali gus memperkukuh ekosistem TVET dalam memenuhi keperluan tenaga mahir negara.
Turut hadir En. Bazil Bin Bahrin, Penolong Pengurus KISMEC.
