1 Disember 2025 - Telah berlangsungnya Bengkel Kecergasan : FIT CYCLING PKB – MONSOON RIDE 2025 anjuran Jabatan Sukan dan Kokurikulum (JSKK) Politeknik Kota Bharu. Program ini melibatkan kayuhan sejauh 20 kilometer melalui laluan sekitar Pangkal Kalong, Kok Lanas dengan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada warga PKB.
Turut menyertai program ini ialah YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu; Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik; serta En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal, tetapi turut mengukuhkan ukhwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.
Terima kasih diucapkan kepada penganjur, para AJK serta semua peserta yang menjayakan Monsoon Ride 2025 dengan penuh semangat.
