4 Disember 2025 - Telah berlangsung kunjungan hormat Pengarah Politeknik Kota Bharu (PKB) YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar ke Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Kelantan yang disambut mesra oleh Pengarah JAPEN, Encik Muhd Nor Aswadi bin Md Nor.
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dan perbincangan awal ke arah pemeteraian Letter of Intent (LOI) turut mendapat kata sepakat. Kerjasama ini dijangka memberi manfaat dalam aspek komunikasi, pembangunan masyarakat serta pengukuhan jaringan industri PKB.
Turut hadir mengiringi pihak PKB ialah Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB serta wakil JAPEN, En. Hasim bin Mohamed, Penolong Pengarah, Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat.
Sesungguhnya, pertemuan ini menjadi pemangkin kepada hubungan dua hala yang lebih erat demi manfaat komuniti dan pembangunan modal insan di Negeri Kelantan.
