17 Disember 2025 - Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Pelan Strategik selama dua hari bertempat di Bilik Baiduri, Politeknik Kota Bharu (PKB) anjuran Unit Jaminan Kualiti dan Dokumentasi. Bengkel ini bertujuan memperkukuh hala tuju strategik institusi selaras dengan keperluan semasa dan aspirasi pendidikan TVET negara.
Bengkel ini telah diselaras dengan cekap oleh Pn. Rozaimah binti Mustapa selaku Penyelaras KPI & Pelan Strategik PKB. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB yang menekankan kepentingan perancangan strategik dalam memastikan kelestarian kecemerlangan PKB.
Diharapkan hasil bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan strategi yang lebih berfokus, berimpak tinggi dan mampan demi kecemerlangan Politeknik Kota Bharu pada masa hadapan. Bengkel ini telah dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan PKB, sekali gus mencerminkan komitmen kepimpinan institusi dalam memperkukuh tadbir urus dan perancangan strategik PKB secara menyeluruh.
