18 Disember 2025 - Telah berlangsung Bengkel Pembudayaan Outcome-Based Education (OBE) di Dewan Jubli Perak yang melibatkan pensyarah Politeknik Kota Bharu sebagai usaha berterusan memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran selari dengan keperluan industri serta standard akreditasi.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Ts. Aziha binti Mohd Nor, yang berkongsi secara komprehensif berkaitan kefahaman OBE, penyelarasan CLO–PLO, kaedah pentaksiran berimpak serta amalan terbaik dalam pelaksanaan OBE di bilik kuliah.
Program ini diharap dapat memperkasa profesionalisme pensyarah serta memperkukuh budaya kualiti akademik di PKB ke arah melahirkan graduan holistik dan kompeten.
