8 Januari 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) Pelajar Baharu Sesi II 2025/2026 Politeknik Kota Bharu (PKB) bertempat di Dewan Kuliah 2.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, sebagai simbolik penutup program orientasi pelajar baharu.
Program MTS yang berlangsung selama 4 hari ini dirangka khusus bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu berkaitan sistem pembelajaran, peraturan institusi, pembentukan sahsiah diri serta penerapan nilai-nilai murni sebagai warga politeknik.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB, En. Zainal Anuar bin Bakri, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB, serta barisan Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit.
Diharapkan program ini menjadi asas kukuh kepada pelajar baharu dalam menempuh alam pengajian serta melahirkan graduan yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing selari dengan aspirasi PolyCC Malaysia.
