Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

PENGENALAN

Jabatan Perdagangan merupakan sebuah jabatan akademik di Politeknik Kota Bharu (PKB) yang menawarkan Program Diploma Akauntansi, Diploma Pemasaran, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Insurans.

Jabatan Perdagangan amat komited dalam mendokong aspirasi, visi dan misi politeknik sebagai peneraju TVET yang dipacu industri. Justeru bagi melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan inovatif bagi memenuhi kehendak industri, Jabatan Perdagangan sentiasa bersedia dengan segala kepakaran staf akademik, kemudahan infrastruktur serta sokongan pihak pengurusan PKB dalam melahirkan tenaga separa profesional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan, pemasaran, pengajian perniagaan dan insurans, yang boleh diserapkan ke dalam pelbagai industri.

Jabatan Perdagangan diterajui oleh Ketua Jabatan yang dibantu oleh Timbalan Ketua Jabatan, ketua-ketua program serta staf-staf akademik dan seorang staf sokongan akademik. Staf akademik Jabatan Perdagangan terdiri daripada para pensyarah yang berkelulusan dalam pelbagai bidang seperti perakaunan, kewangan, pengurusan perniagaan, pemasaran, insurans, undang-undang dan lain-lain yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan pendidikan. Kekuatan jabatan adalah kepakaran pensyarah yang terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan iaitu yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD), diikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf. Para pensyarah terdiri daripada gred DH54, DH52, DH48, DH44 dan DH41. Para Pensyarah juga mempunyai kelayakan profesional daripada badan profesional seperti Malaysian Institute of Accountants (MIA), Malaysian Institute of Management (MIM), Malaysian Insurance Institute (MII) dan lain-lain.

Purata jumlah keseluruhan pelajar di Jabatan Perdagangan yang merangkumi keempat-empat program pengajian adalah anggaran seramai 1500 orang pada satu- satu sesi.

Ketua Jabatan : Puan Juli Suzlin Binti Mohd Jalaludin

Timbalan Ketua Jabatan: Encik Zulfaizad Bin Abd Hamid

 

Nama Ketua Program :

1. Ketua Program Diploma Akauntansi (DAT) : Encik Hasmadi Bin Ab. Aziz

2. Ketua Program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) : Puan Nurhawani Binti Yaacob

3. Ketua Program Diploma Pemasaran (DPR) : Cik Roslina Binti Ab. Rahman

4. Ketua Program Diploma Insurans (DIN) : Puan Razia Malini Binti Mohamad

 

Bilangan Staf Mengikut Pecahan Program

Nama Program

Bil. Staf

Diploma Akauntansi (DAT)

18 orang

Diploma Pemasaran (DPR)

16 orang

Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

17 orang

Diploma Insurans (DIN)

15 orang