Page 6 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK_FLIP BUILDER
P. 6
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T., juga
selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah
S.A.W. kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan
penulisan buku ini.
Dengan rasa rendah diri, saya ingin merakamkan
penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung, khususnya
kepada suami saya En. Zulrushdi Bin Mohamad di atas
tunjuk ajar, bimbingan, galakan dan kritikan beliau.
Tidak dilupakan juga kepada semua rakan
seperjuangan di dalam program Diploma Kejuruteraan
Awam yang sentiasa memberi galakan dan dorongan
dalam penulisan ini. Saya bersyukur kerana mempunyai
insan-insan seperti ini terutamanya ahli keluarga yang
tercinta yang banyak memberi semangat dan sokongan
selama ini.