Page 17 - KAJIDAYA BAHAN
P. 17

KAJIDAYA BAHAN


            ini banyak terdapat dalam penggunaan kejuruteraan seperti penyambungan rivet, bolt, pin, sendi
            dan  kimpalan  dan  juga  dalam  operasi  pemotongan  besi,  penebukan  lubang  dan  sebagainya.
            Daripada gambarajah di atas, diketahui :


                                             DAYA RICIH DALAM BAHAN
            TEGASAN RICIH         =
                                          LUAS KERATAN TINDAKAN DAYA

                                             V
                                            =
                                             A


                                                                                      2
            unit untuk tegasan ricih adalah sama dengan unit tegasan normal iaitu N/m  @ Pa.
            Tegasan  ricih  boleh  dipecahkan  kepada  2  jenis  iaitu,  tegasan  ricih  tunggal  dan  tegasan  ricih
            berganda. Tegasan ricih tunggal adalah seperti gambarajah sebelum ini, manakala tegasan ricih
            berganda adalah seperti gambarajah di bawah.


                   F                                 F  F                                  V
                    F                                         F
                                            F  F               F                       V


            Oleh sebab itu, tegasan ricih untuk sistem ini adalah :


                                              V
                                             =
                                             2A

            Tegasan ricih ini akan menyebabkan berlaku perubahan bentuk pada bongkah. Bongkah tersebut
            akan mengherot seperti Rajah 1.2 akibat tindakan daya ricih. Herotan tersebut akan menghasilkan
            satu  sudut  yang  dinamakan  sudut  ricih.  Walaubagaimanapun,  perubahan  sudut  ricih  ini  adalah
            sangat kecil. Oleh sebab itu, kebiasaannya sudut ini dinamakan terikan ricih. Terikan ricih,  boleh
            ditakrifkan sebagai perubahan sudut yang berlaku akibat daripada tegasan ricih. Unit untuk terikan
            ricih adalah dalam radian (rad).
                                  x   V

                               y               TERIKAN                    x
                                                              ,             =
                                                   RICIH                   y
                                    V

                                    Rajah 1.2 : Herotan Pada
                                            Bongkah










                                                                                                            8
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22