2-4 Mac 2023, Kapas Camp Site: Membawa Moto JSKK Active Lifestyle Beyond Smart Leadership, seramai 40 orang pelajar PKB mewakili Unit Beruniform RELASIS, Askar Wataniah, PISPA dan KLKM serta pelajar-pelajar yang mewakili Sukan dan Kelab di bawah naungan JSKK PKB telah berjaya mengharungi cabaran dalam KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM 3K JSKK PKB yang berkampung selama 3 hari 2 malam di Kapas Camp Site, Pulau Kapas. Kem ini berkonsepkan perkhemahan dengan meliputi aspek ujian ketahanan mental dan fizikal dan tahap kerjasama serta berpeluang menguji tahap kepimpinan setiap peserta seperti masak secara rewang aktiviti berkumpulan serta Ujian Kecergasan (Fitness Training). Program ini juga menguji tahap keberanian dan kesabaran peserta melalui aktiviti penuh cabaran merentasi ombak ke Bukit Singa dan water confident serta jungle trekking bukit mengelilingi Pulau Kapas yang memakan masa 4 jam. Kem ini turut melatih peserta dalam pengucapan awam dan persembahan yang perlu dilaksanakan oleh setiap peserta yang menjadi elemen terpenting dalam ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat, mempunyai personaliti yang unggul dan jati diri yang utuh serta pengurusan masa yang berhemah. Para peserta memberi respon yang sangat baik dan kebanyakan mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk menjadi contoh pelajar PKB yang berketrampilan tinggi dalam segenap aspek.