28 Ogos 2023, Politeknik Kota Bharu : YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik telah menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Peringkat Politeknik Kota Bharu bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu. Turut diadakan pameran keselamatan oleh beberapa agensi luar serta taklimat Keselamatan Pekerja oleh wakil JKKP, DOSH. Turut hadir bersama pegawai - pegawai kanan serta pelajar - pelajar PKB.