SHAH ALAM, 27 November 2014- Politeknik Kota Bharu telah menyertai International Exposition on Syariah Compliant Idea, Invention,Innovation and Design (ISCIIID 2014) bertempat di UITM, Shah Alam, Selangor. Pertandingan ini adalah julung kali di adakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari peserta. Peserta pertandingan ini terdiri dari 134 kumpulan yang mana terdiri dari pelajar sekolah menengah, IPTA, golongan profesional  serta pihak industri.   Dua kumpulan yang di wakili oleh 6 orang pelajar dan 3 orang pensyarah iaitu dari Jabatan Kejuruteraan Awam, PKB telah berkampung di Dewan Sri Budiman selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 November 2014.  Pada majlis penutup pertandingan, kumpulan projek ‘PLYBAMBOO sebagai alternative menggantikan PLYWOOD’ telah berjaya di nobatkan anugerah Emas manakala produk ‘ Rekabentuk Bumbung Hijau’ telah merangkul anugerah Gangsa.  Di harapkan program seperti ini dapat menonjolkan lagi produk yang dihasilkan dari  politeknik secara tidak langsung dapat menaikkan mutu dan keterampilan pelajar serta nama Politeknik Kota Bharu khasnya. TAHNIAH DAN SYABAS...Segalanya bermula di sini..PKB BOLEH!!!