Mengenai Kami

UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN

PENGENALAN

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit sokongan yang bertanggungjawab untuk merancang, menganjur serta melaksanakan pelbagai program pembangunan latihan staf untuk mengenalpasti serta meningkatkan ilmu pengetahuan staf.

 

OBJEKTIF

  • Merancang, menguruskan dan melaksanakan latihan dalaman dan luaran kepada staf  serta  memastikan setiap staf menghadiri kursus 7 hari setahun (bergantung arahan daripada JPPKK dari masa ke masa).
  • Merancang dan melaksanakan program latihan sangkutan pensyarah ke industri  (SIP/ LSI).
  • Menguruskan dan menyelaras kursus jangka pendek dan terlanggan di bawah program Time Sector Privatisation (TSP) .
  • Membantu menyelaras, merancang dan melaksanakan program-program anjuran Bahagian Kecemerlangan Profesional (BKPro),  Jabatan Pengajian Politeknik.

 

 

Hubungi Kami

Hubungi Kami :

Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan

Politeknik Kota Bharu
KM 24, Pangkal Kalong,Kok Lanas
16450 Ketereh,Kelantan
 

Tel.: 09-7889126/ 344/641
Faks: 09-7888739

 

 Bil. Nama Pegawai  Jawatan /Email  Emel (@pkb.edu.my)
1. MOHD LUKMAN BIN AWANG NOH

Ketua Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan DH44

  lukman.agnoh

2. NURUL FATIHAH BINTI AKHYAR Pegawai Latihan & Pendidikan Lanjutan DH42

  nurulfatihah

 

Kemudahan

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

AL-MIMAR INN (Untuk penginapan)

  • Kemudahan penginapan AL-MIMAR INN yang boleh disewa serta digunakan bagi kemudahan penginapan kepada peserta latihan juga terbuka kepada orang luar.
  • Mempunyai 12 bilik biasa dan 1 bilik VIP

BILIK SEMINAR (Untuk sesi Latihan)

  • Bilik seminar yang dilengkapi dengan LCD, smart board dan lain-lain kelengkapan untuk kegunaan kursus.
  • Mempunyai 4 bilik, iaitu Bilik Seminar 1, 2, 3 dan 4.

Aktiviti

 

Aktiviti

  • Melaksanakan latihan (kursus/seminar/bengkel/taklimat) kepada staf politeknik dan masyarakat luar sama ada dari sektor awam, swasta ataupun badan-badan tertentu serta individu yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang-bidang tertentu
  • Mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan Politeknik Kota Bharu ke arah kecemerlangan pengurusan dan pendidikan
  • Melaksanakan program dan aktiviti yang diarahkan oleh bahagian kecemerlangan profesional (BkPro) seperti kursus PPK, CPCM, EEP dan Urusan Validasi Kenaikan Pangkat Staf sepanjang tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi staf.