Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

UNIT KOLEJ KEDIAMAN

PENGENALAN

Unit Kolej Kediaman Politeknik Kota Bharu bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB).PKB menyediakan dua (2) unit kolej kediaman yang dikenali sebagai Kolej Kediaman Damai dan Kolej Kediaman Harmoni. Dibina pada tahun 1987, Kolej Kediaman Damai merupakan kolej kediaman pertama dibina di PKB dan ianya terdiri daripada sembilan (9) blok bangunan keseluruhannya. Kolej kediaman ini mampu menempatkan seramai 918 orang penghuni pada satu-satu masa. Kolej Kediaman Harmoni pula kemudiannya dibina dan beroperasi pada tahun 2016 melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI). Kolej kediaman ini terdiri daripada tiga (3) blok dan mampu menampung dengan kapasiti maksima 1,500 penghuni setiap satu semester.

Kemudahan Kolej Kediaman Harmoni diberi keutamaan kepada pelajar-pelajar baru (Semester 1), manakala Kolej Kediaman Damai dikhususkan buat pelajar senior dan pelajar yang berkeperluan.

 

KAPASITI KOLEJ KEDIAMAN DAN LODGE

Kapasiti Kolej Kediaman

Kamsis/ Kolej Kediaman

Bilangan Penghuni

Desasiswa Harmoni

1,500

Kamsis Damai

918

Bilangan Penghuni

2,418

 

Kapasiti Lodge

Jenis Bilik

Bilangan Bilik

Bilik Berdua (2 katil)

459 unit

Bilik Berempat (4 katil)

15 unit

Bilik Berenam (6 katil)

240 unit

Bilangan Bilik

714 unit

 

OBJEKTIF

  • Menguruskan permohonan penempatan pelajar di kolej kediaman.
  • Menyedia kemudahan dan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada pelajar.
  • Memberi bimbingan dengan mewujudkan persefahaman melalui pelaksanaan aktiviti pelajar.
  • Memantau serta membantu menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar.