Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

PENGENALAN

Unit Peperiksaan Politeknik Kota Bharu adalah suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Seorang Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh 2 orang pegawai peperiksaan bagi Pengurusan Penilaian dan Rekod & Persijilan, 4 orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Operasi.

 

FUNGSI SOKONGAN

Sebagai unit sokongan dalam perkara-perkara akademik seperti pendaftaran kursus, penilaian dan urusan persijilan.

 

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan segala dasar yang perlu berhubung dengan segala aktiviti peperiksaan
  2. Memastikan peraturan-peraturan peperiksaan dipatuhi dan tindakan yang akan diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan; 
  3. Mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Lembaga Peperiksaan
  4. Mempertimbang dan menyediakan laporan berkaitan dengan rayuan pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan untuk dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan.
  5. Menyediakan Sijil / Diploma dan surat pengesahan tamat pengajian untuk Lulusan.